Cara Simpan Daun Pandan Supaya Tahan Lama
Assalamualaikum dan Salam 25 Ramadhan.. hari ni saya terpanggil nak berkongsi tentang cara simpan daun pandan supaya tahan lama. Ye lah biasa beli daun pandan, bila nak guna je dah layu-layuan. Mesti frust kan..
Beberapa minggu ni saya rajin pula buat kuih muih traditional seperti talam, kuih seri muka, bingka pandan, kuih bakar, kuih tepung pelita dan pelbagai kuih lain yang memerlukan daun pandan. Segan pula nak minta selalu kat jiran. Nak jadi cerita, pesan dengan kawan nak beli daun pandn dalam rm 3. Sekali dia bawa rm 10 punya daun pandan. Aduh! Pening kepala macam mana nak simpan ni..
Sayang kalau simpan cara biasa je kan. Jadi google punya google dan bertanya pada makcik-makcik yang lebih tua, begini saranan mereka. Ada 2 cara simpan daun pandan supaya tahan lama ni.
- Cara 1: Basuh bersih semua daun pandan, blend dan tapis semua pandan yang dah dikisar halus tu. Cara simpan, masukkan air daun pandan tu dalam plastik kecil-kecil supaya mudah digunakan bila diperlukan nanti
- Cara 2: Basuh bersih semua daun pandan, biarkan kering. Kemudian simpulkan dan simpan dalam bekas tupperware. Nak tahan lama guna bekas tupperware original tau, bukan tipuware. hehe.. Saya pilih cara kedua ini sebab lebih mudah dan jimat masa. Cuma sebab tak berapa pandai nak menyimpul, saya ikat je guna getah, gambar seperti di bawah ya.
![]() |
Alhamdulillah daun pandan ni saya beli beberapa hari sebelum puasa. Ni dah 25 Ramadhan..masih cantik, segar, cantik dan elok untuk diguna pakai. Siang tadi pun saya buat kuih bakar, alhamdulillah cantik warna dan rasanya tetap sama.
Jika betul cara simpannya, inshaAllah daun pandan ni mampu kekal bertahan lamanya jika disimpan dalam bahagian sejuk beku. Tak membazir, dan mudah sangat nak guna bila kita nak buat bubur, pencuci mulut mahupun sebarang masakkan yang memerlukan daun pandan.
Rasa gembira sangat tau sebab dah berjaya jumpa cara simpan daun pandan supaya tahan lama. Kalau tak, bila beli daun pandan, mood nak buat kuih tak ada. Bila mood dah datang, daun pandan pula dah layu. Bagi yang gemar buat nasi lemak pun, moga tips ringkas ini membantu.
Di bawah ni close-up daun pandan yang dah disimpan hampir sebulan dalam freezer. Masih fresh dan cantik keadaannya kan? :-)
Jemput follow blog saya ya.. dan salam ukhwah untuk semua. InshaAllah lebih banyak tips dan perkongsian menyusul nanti.
Slots Online Casino Site - ⋆ ⋆ Top Casino Bonus Deals
ReplyDeleteOnline 카지노 Slots. Casino youtube downloader sites have different types of slots games, and the main thing is that 메리트 카지노 they all have to offer players the same quality
💰Get free 250$ on Ysense trusted network without investment
ReplyDelete📢 Join Crypto quantum leap world's famous online Crypto course
🦷 Read Secret teeth care tips
About
Teeth whitening,
Teeth decay,
Teethsche,
There can also be|can be} an FAQ web page which may answer a few of your questions earlier than reaching out. However, if you’re in search of a phone number, you won’t discover one. 카지노 사이트 They require an RNG certification, so we know they’ve been audited for safety and legitimacy.
ReplyDelete