Raya 2020 Melakar Sejarah

Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua. Hari ini merupakan hari ketiga Syawal. Alhamdulillah, dalam kesempitan pergerakkan PKPB, tetap bersyukur apa adanya.

Aidilfitri merupakan hari kemenangan kita setelah sebulan berpuasa. Justeru, walau di mana kita berada, tetap harus diraikan dengan gembira. Pertama kali, beraya di rumah sendiri, tak dapat pulang ke kampung halaman, tak dapat berjumpa dengan sanak saudara dan bersalam-salaman, pastinya mengukir sejarah tersendiri buat kita semua.

Raya pertama alhamdulillah kami sambut dengan meriah bersama keluarga. Solat raya di rumah sendiri diimamkan oleh suami, dan khutbah raya oleh beliau. Kemudiannya bersalam-salaman dan menikmati pelbagai juadah raya.




Raya pertama kami hanya di rumah sahaja. Walau kerajaan membenarkan bertemu sanak saudara tanpa merentas negeri, namun kami memilih untuk beraya di rumah sahaja kerana ada anak kecil yang berumur 2 tahun. Walaupun begitu, kami menerima kunjungan dari kakak saya sekeluarga di pagi raya. Alhamdulillah, seronok anak-anak dapat bertemu sepupu-sepupu mereka setelah lebih 2 bulan mereka berdiam di rumah tanpa berjumpa sesiapa.

Apa aktiviti Raya PKP? Aktiviti di rumah semasa raya hanyalah makan, menonton televisyen dan bergambar kenangan bersama keluarga.Belah malamnya pula anak-anak berseronok main bunga api. Raya pertama masih seronok, gembira mungkin sebab masih boleh menerima kunjungan tetamu.

Namun masuk raya kedua, sudah terasa kebosanannya. Ye lah, hanya duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Tak dapat berkunjung ke rumah orang lain, atau menerima kunjungan tetamu merupakan kenangan yang takkan mungkin dilupakan.



Walaupun begitu, masih banyak perkara yang perlu kita syukuri iaitu masih dapat bersama keluarga tersayang dan dikurniakan kesihatan terbaik.

Marilah kita sama-sama doakan wabak Covid-19 ini cepat berlalu pergi. Dapat kita meneruskan kehidupan kita seperti biasa, mudah-mudahan.

Selamat Hari Raya buat anda semua.. Bertemu lagi di lain lembaran..

No comments:

Powered by Blogger.