Tips Mengatasi Anak Sembelit

Anak sembelit? Kali ni saya nak berkongsi pengalaman anak saya sembelit. Aishah baru berumur 2 tahun.. tapi dia memang selalu sembelit. Ada masa okay masa membuang, tapi ada banyak masa yang tak berapa okay. Cuma kali ni sembelit dia memang teruk. Bayangkanlah hampir seminggu tak membuang?

Beberapa hari cubaan nak membuang tak berjaya. Kesian saya tengok Aisyah meneran, tak berjaya juga. Sampai satu tahap saya tengok perut dia agak membuncit. Bila saya pegang sekitar perut dia, boleh rasa bahagian bawah perut tu ada benda keras agak menonjol.





Walaupun saya bukanlah seorang doktor, tapi saya ada lah sedikit latarbelakang perubatan. Saya tau itu bahagian najis yang perlu dibuang. Risau betul masa tu, sampaikan macam-macam bermain di fikiran. Takut usus pecah lah. apalah.. ish nauzubillah.. nama pun ibu, memang tak boleh berhenti berfikit kalau pasal anak ni.

Saya cuba bagi dia suplemen, buah-buahan, namun sebab dia memang susah minum air, jadi memang tak dapat jugalah membuang tu. Last sekali saya bagi masa 2 hari je pada diri sendiri. Kalau 2 hari tu Aisyah tak berjaya juga membuang, saya kena belikan dia ubat pelembut najis di farmasi atau bawa dia berjumpa doktor. Semestinya bawa dia ke klinik bukan idea yang best di masa-masa PKP ni kan.
Dan ubat pelembut najis tu pun saya tau tak bagus diamalkan bagi anak kecil.

Bila fikir-fikir semula, tak ada cara lain, melainkan bagi dia minum air kosong banyak. Cuma masalah utama Aisyah memang susah nak minum air kosong. Tips mengatasi anak sembelit yang utama memang kena minum air kosong. Bila air kosong cukup dalam badan, barulah usus dapat menyerap air tu, dan memproses bahan buangan dalam badan kita.

Jika air tak cukup, macam mana proses pencernaan nak berlaku kan? Jadi, bermulalah tugas saya secara intensif untuk memberikan dia air kosong. Paksa-paksa tak nak minum, akhirnya saya dapat idea berikan dia air kosong dengan menggunakan syringe.



Ha.. untuk ibu-ibu yang anak ada masalah sembelit tu, boleh cuba saya ni. Saya sukat air kosong untuk Aisyah sebanyak 200 ml 1 hari. Maksudnya dia kena habiskan 200 ml ni. Saya bagi dia dari masa ke semasa, bukanlah sekaligus 200 mlm tu. Yang lucunya, dalam kepayahan dia minum air kosong melalui cawan, elok pula dia minum air kosong melalui syringe. Aduh, anak oh anak. Macam-macam ragam..

Hari pertama habis 200 ml, tetapi Aisyah masih belum berjaya membuang. Hari kedua saya dapat satu lagi tips mengatasi anak sembelit ni melalui google. Katanya baringkan anak kita tu melentang dengan kaki di atas, lepas tu gerakkan kaki dia seakan mengayuh basikal. Kayuh kaki dia sambil bermain atau menyanyi, jadi dia happy. Bila kaki dia mengayuh tu, usus dia akan mengalami rangsangan untuk mempercepatkan pengeluaran najis tu. Tips ketiga, urut perut dia secara perlahan-lahan untuk melegakan perut dia.





Alhamdulillah, hari kedua juga 200 ml air kosong dihabiskan. Belah malamnya dalam pukul 10 malam saya buat latihan mengayuh tu dan urut bahagian perut dia, pukul 1 pagi saya sedar-sedar tengah malam, Aisyah dah membuang semasa tidur!

Memang besar dan keras najisnya.. Kesian sangat.. cuma syukur sebab berjaya juga dibuang selama berhari-hari disimpan di perut. Lega rasa hati. Bayangkanlah saya punya risau, hinggakan doa dalam sujud solat tarawih saya agar Allah permudahkan anak kecil ini membuang. 

Esok paginya bila saya cek semula perut Aisyah, dah tak ada benjolan keras pada bahagian bawah perutnya tu. Lepas ni senanglah saya tau, kalau ada keras di bahagian tersebut, saya memang kena bagi Aisyah air extra macam yang saya buat dalam masa 2 hari ni dan buat latihan mengayuh tu. 

Jadi diharap pengalaman saya ni dapatlah membantu sebagai tips mengatasi anak sembelit untuk ibu-ibu di luar sana. Anak kalau tak sihat, kita sebagai ibu memang tak senang duduk kan.. 

Jadi ibu-ibu yang saya kasihi, cubalah 3 cara semulajadi ni ya. Elakkan menggunakan ubat masuk punggung tu, sebab ia akan mengganggu proses pencernaan usus anak kita secara semulajadi, kecuali kalau benar-benar terpaksa. 

Selamat mencuba! Kongsikan artikel ini jika anda rasa ia bermanfaat ya.. 





21 comments:

  1. Bagus tips ni. Syu pun ada pengalaman anak sembelit. Tapi dulu la masa anak sulung. Sekarang dah tahu cara, alhamdulillah. Anak2 dah tak sembelit.
    Salam kenal dari Mamy Syu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  3. Ya senama kayuh basikal tu kak dah cuba kat cucu memang bole lega sakit perutnya dan bagi dia minum sesudu dua air zam zam maklum masuh 4 bulan blm bagi minum air.

    ReplyDelete
  4. Thanks for the tips! kalau org besar pun sakit sembelit, ni kan budak-budak kan. Mmg kena make sure air masak secukupnya.

    ReplyDelete
  5. Tips yang bagus untuk yang ada anak kecik. Zaman sis dah berlalu dah. Dulu kemain lagi cari tips apa masa ada anak kecil. Sekarang anak sis dah belasan tahun dah.

    ReplyDelete
  6. Even kita yang dewasa pun sebenarnya elok minum air secukupnya agar najis tak keras ye tak. Pasni bleh la try exercise kayuh basikal jika susah membuang hehehe

    ReplyDelete
  7. Thank you for sharing this tips. I shall share this post with some friends yg ada anak kecil.

    ReplyDelete
  8. Memang bagus ajar anak minum air kosong kan untuk melawaskan pembuangan dia tu. Saya ada pengalaman anak sulung dan nombor dua dulu sembelit. Bagi ubat lembutkan najis tu bila diorang ada gesa nak buang, ayah diorang standby bukak pampers dan tolong tarikkan najis tu. Susah part nak keluarkan yang mula mula tu.

    ReplyDelete
  9. Erm.. Bagus juga ada pengalaman dan tips macam ni. Anak kita ni takde sembelit. Tapi jenis suka menahan-nahan kalau nak membuang. Sudahnya najis dia jadi macam besar guli. 😐

    ReplyDelete
  10. bagus tips ni. alhamdulillah anak2 saya kurang masalah sembelit ni. nanti saya share post ni ya

    ReplyDelete
  11. perkongsian yang sangat bermanfaat untuk para ibu bapa. Banyak yang cari solusi untuk anak sembelit.

    ReplyDelete
  12. Bagus tulis arikel macam ni, ramai yang anak sembelit sampai tak tau nak buat apa...syukur juga sepanjang jaga anak 3 orang, tak pernah lagi anak Sis sembelit...

    ReplyDelete
  13. Betul setuju dengan tips tu. Waktu anak-anak saya baby semua pon saya buat mcm tu. Alhamdulillah tak sembelit semua

    ReplyDelete
  14. Tq for sharing mmg bagus yips ni utk ibu2 yg ada baby kdg2 kena sembelit xtau nk buat mcm mana

    ReplyDelete
  15. Thank you share tips. Mmg kesian bila anak sembelit ni. Nak2 pulak klu anak yanb tak tau nak cakap. Sian dia.

    ReplyDelete
  16. thanks share tips! Ubat yang memang ada dengan kita sepanjang masa. Kalau bukan baby pun, yang dewasa ni memang kena minum air banyak supaya tak sembelit.

    ReplyDelete
  17. Teringat anak saya. Memang ada masalah sembelit yang teruk. Buat lagi teruk sebab dia jadi takut nak berak. Allah. Sedih sangat setiap kali tengok dia sedang berusaha.

    ReplyDelete
  18. Anak sembelit, perut masuk angin, takmo makan. Semua ni membuatkan ibu susah hati. Memang kena ada banyak skill untuk bantu bayi yang tak tau nak bg tau rasa sakit dan tak selesa. menangis je tau. terima kasih utk tips bermanfaat ni.

    ReplyDelete
  19. Nice content and asome theme. Thank you Love you so much 💋

    ReplyDelete
  20. Thanks sis for sharing this tips especially yang ada anak kecil harus lah beri perhatian lebih sebab kanak kanak mana boleh bagi tau sia tak selesa kan

    ReplyDelete
  21. thnks sharing mmg mbntu tips ni..bg sha minum air yg bnyk better untuk bdn baby..if 1y keatas

    ReplyDelete

Powered by Blogger.